Apa Itu Lampin Moden ?



Apa Itu Lampin Moden / Lampin Kain / Cloth Diaper (CD)

  1. Merupakan lampin kain rekabentuk moden.
  2. Bahagian luar CD dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
  3. Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain microsuede/bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa sama seperti lampin pakai buang.
  4. Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
  5. Ianya mudah dibersihkan. Boleh dicuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
                                               
Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S,M dan L



Kenapa patut guna CD? 


Menjimatkan - Beli sekali, guna berkali-kali untuk jangka hayat yang lama
Mesra Alam - Mengurangkan sisa buangan terbanyak di dunia
Selamat dan sihat - Tiada bahan kimia bertoksik, tiada ruam lampin , sesuai untuk kulit sensitif
Gaya Baru - Pelbagai warna dan corak menarik (awas, boleh ketagih tengok corak CD ni :) )




"Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :) Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah?"


Sumber dari: www.diyaluna.com




 

Lampin Kain Moden | Cloth Diaper | Murah Berkualiti Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting