Perasaan seronok, teruja dan tidak sabar pasti akan dirasai oleh ibu-ibu yang pertama kali menggunakan Lampin Kain Moden atau lebih dikenali sebagai 'Cloth Diaper' (CD). Mungkin ada juga yang masih ragu-ragu tentang 'keistimewaan' CD ini. Betulkah tidak bocor? Selesakah si anak?
Ikuti 5 langkah mudah ini :
Ikuti 5 langkah mudah ini :
1. Prewash sekurang-kurangnya 3 kali CD.
Pada kebiasaanya saya hanya prewash insert microfiber 3 kali dan bahagian luar CD 1 kali sahaja. Bagi insert bamboo, prewash sekurang-kurang 6 kali diperlukan. Bayangkan insert CD ini sebagai tuala yang baru dibeli. Sekiranya tidak dibasuh, tuala tidak akan meresap air dengan baik dan akan menjadi kalis air pula ibarat kita mencurah air ke daun keladi. Ada yang mengecam CD bocor dan serik menggunakan CD. Apabila ditanya, rupa-rupanya CD tidak dibasuh terlebih dahulu.
2. Tetapkan saiz anak sama ada S,M atau L. Perhatikan terdapat banyak butang di depan CD. Butang-butang inilah yang digunakan untuk menetapkan saiz CD.
3. Sekiranya anak buang air besar, hanya perlu buangkan najis ke mangkuk tandas dan bilas sehingga hilang bau. Tidak perlu diberus atau direndam.
4. Gunakan sabun paling murah di pasaran seperti Trojan, Daia, Kuat Harimau. Kurangkan sabun, lebihkan air semasa membilas. Boleh dibasuh menggunakan tangan atau mesin basuh (gunakan laudry net untuk CD tahan lebih lama).
5. Jemur CD seelok-eloknya di bawah matahari. Matahari merupakan peluntur paling baik, kesan kuning najis pada CD akan hilang apabila dijemur di bawah matahari.
Mudah bukan. Membasuh dan melipat CD ini adakalanya menjadi terapi untuk ibu-ibu. Ada yang tersenyum-senyum sambil melihat kecomelan corak dan warna CD. Ingin menambah stok CD? Dapatkan di LampinModen.com, insya-Allah akan tiba penghujung April 2015.
WhatsApp <CD> ke 017 778 468satu untuk dimasukkan ke group WhatsApp IymanKids. Corak dan harga terkini akan dimaklumkan dengan lebih pantas di sana. Terdapat ramai pengguna tegar CD dan pelbagai persoalan boleh diajukan terus.
WhatsApp <CD> ke 017 778 468satu untuk dimasukkan ke group WhatsApp IymanKids. Corak dan harga terkini akan dimaklumkan dengan lebih pantas di sana. Terdapat ramai pengguna tegar CD dan pelbagai persoalan boleh diajukan terus.
WhatsApp <CD> ke 017 778 468satu
WhatsApp <CD> ke 017 778 468satu
WhatsApp <CD> ke 017 778 468satu


0 comments:
Post a Comment